Blog ini adalah membincangkan budaya
keusahawanan dalam kalangan usahawan. Budaya keusahawan
ialah satu set norma, kepercayaan dan amalan yang dikongsi oleh kumpulan atau
organisasi. Ia juga boleh dikatakan sebagai process yang membangunkan sikap dan
personaliti usahawan ke arah yang cemerlang dalam usaha .Dua artikel yang dipilih oleh saya adalah berkaitan tentang
usahawan. Tokoh-tokoh usahawan yang dipilih dalam blog ini ialah Jimmy
Choo dan Tony Fernandes. Hal ini demikian kerana mereka merupakan usahawan yang cemerlang dalam
bidang perniagaan mereka sebagai seorang usahawan. Oleh itu, blog ini akan mengandungi
latar belakang dan maklumat tentang usaha-usaha usahawan dalam bidang yang
diceburi oleh mereka serta memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana
usahawan membangunkan budaya keusahawanan.