Hubungan dan Persamaan Gaya Kepimpinan dan Ciri-ciri Usahawan

Gaya Kepimpinan

Kepemimpinan boleh didefinasikan sebagai satu proses seseorang atau pemimpin mempengaruhi orang lain menuju ke arah pencapaian tujuan. Ia juga boleh dikatakan sebagai seseorang yang berkuasa yang menunjukan kemampuannya mendorong orang lain untuk mencapai hasil yang diinginkan melalui penggunaan kekuasaannya tanpa memaksa. Motivasi merupakan satu element yang penting dalam proses kepemimpinan kerana memimpin yang berkait erat dengan memotivasikan seseorang. Seseorang pemimpin haruslah mempunyai kuasa dan kemampuan dalam memberikan motivasi kepada orang bawahannya. Seseorang pemimpin memotivasi atau memimpin orang lain melalui gaya kepimpinan tertentu yang dapat mencapai tujuan pencaipaian yang telah ditentukan olehnya. Orang yang dimotivasi akan berusaha untuk memyempurnakan tugasannya secara sukarela tanpa paksaan dan akhirnya dapat menghasilkan tujuan yang ingin dicapaikan.

Berikut merupakan beberapa pendapat yang dikemukakan oleh para ahli mengenai definasi kepimpinan:

1. John W. Gardner (1990) mendefinisikan kepimpinan sebagai proses Pemujukan di mana individu-individu meransang kumpulannya meneruskan objektif yang ditetapkan oleh pemimpin dan dikongsi bersama oleh pemimpin dan pengikutnya.

2. William G. Scott (1962) maksud kepemimpinan adalah sebagai proses mempengaruhi kegiatan yang diorganisir dalam kelompok di dalam usahanya mencapai suatu tujuan yang telah ditentukan.

3. Katz & Kahn (1978) mendefinasikan kepemimpinan adalah peningkatan pengaruh sedikit demi sedikit pada, dan berada diatas kepatuhan mekanis terhadap pengarahan-pengarahan rutin organisasi.

4. George R. Terry juga mendefinasikan kepemimpinan adalah hubungan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin, mempengaruhi orang lain untuk bekerja secara sadar dalam hubungan tugas untuk mencapai tujuan yang diingin.

Walaupun definisi adalah berbeza satu sama lain, tetapi juga terdapat persamaan antara definisi-definisi. Pertama, kepemimpinan ialah hubungan antara orang yang pengaruh dan kuasa ditabuh dengan tidak saksama. Kedua, pemimpin tidak boleh wujud perseorangan. Apa yang dapat disimpulkan ialah, kepemimpinan adalah satu proses yang berkait dengan hubungan antara seseorang yang berkuasa dan orang yang bekerja dengannya untuk mempengaruhinya demi menghasilkan dan memcapaikan matlamat yang telah ditentukan.



Ciri-ciri Pemimpin dan Usahawan

1. Semangat- Seseorang pemimpin atau usahawan mempunyai cita-cita, displin, daya usaha, ketabahan dan lain-lain untuk berjaya.

2. Dorongan ke arah pencapaian atau berjaya- Seseorang pemimpin adalah seseorang mempunyai matlamat yang jelas supaya ia dapat merancangkan apa yang perlu dibuat.

3. Kreativiti- Usahawan mempunyai idea-idea baru yang berbeza daripada orang lain untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan berkualiti.

4. Dorongan untuk kekuasaan- Pemimpin-pemimpin atau usahawan mempunyai keinginan untuk menguasai sesuatu.

5. Keyakinan diri sendiri- Seseorang usahawan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dengan mempercayai kepada kemampuan dan keupayaannya dalam membuat sesuatu keputusan.

5. Berani dalam mengambil risiko- Usahawan mempunyai keberanian untuk mencabarkan diri dalam mengambil risiko berbanding dengan orang lain. Kejayaan dalam mengatasi risiko dapat membawa kepuasan kepada beliau.

6. Berfikiran positif- Seseorang usahawan atau pemimpin sentiasa mempunyai berfikiran yang positif terhadap segara masalah yang dihadapi. Dengan berfikiran yang positif, mereka dapat melihat sesuatu masalah sebagai peluang berbanding dengan orang lain.


没有评论:

发表评论