POCARI SWEAT
Pocari Sweat merupakan minuman buatan Jepun dari Pabrik Otsuka Pharmaceutical di Tokushima. Idea minuman kesihatan tersebut adalah datang daripada trend berjogging. Hal ini demikian kerana penciptaan minuman kesihatan yang komposisi sama dengan menambahbaikan elektrolit dapat memenuhi keperluan mineral semasa seseorang itu berpeluh. Pocari Sweat ini dapat mengisi semula kandungan air yang telah keluar ketika bersenaman. Ini kerana minuman ini dapat diserap ke dalam badan manusia dengan pantas.
Cabaran-cabaran yang dihadapi semasa proses mengkaji adalah kesedapannya yang amat pelik dan juga pencubaan yang beribu-ribu kali. Walau bagaimanapun, produk ini masih dijual kepada pasaran atas ketegahan pengarah syarikatnya. Disebabkan oleh rasanya yang amat pelik, produk ini telah ditolak oleh para peruncit dan pelanggan walaupun dijual dengan harga yang amat murah. Disebabkan oleh ketegahan dan juga keinginan pengarah syarikat untuk memasuki pasaran baru, beliau telah mengambil keputusan untuk memberi minuman Pocari Sweat secara percuma tanpa batasan walaupun terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi. Akhirnya, produk ini dapat memasuki pasaran baru dengan usahanya.
Pada pandangan saya, penciptaan sesuatu produk yang baru akan menghadapi beberapa halangan seperti kesusahan untuk memasuki pasaran, kesukaran untuk diterima orang ramai, kegagalan yang berkali-kali. Oleh itu, penciptaan sesuatu produk mestilah melalui pencubaan yang berulang-ulang kali dan juga sikap ketegahan mesti diamalkan oleh seseorang supaya dapat menghasilkan produk yang terbaik seperti contoh Pocari Sweat.
没有评论:
发表评论