Pembangunan Budaya Keusahawanan

 Budaya keusahawan ialah satu set norma, kepercayaan dan amalan yang dikongsi oleh kumpulan atau organisasi. Ia juga boleh dikatakan adalah satu process pembangunan sikap dan personaliti usahawan untuk ke arah yang cemerlang dalam usaha yang dilakukan olehnya.

Usahawan mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti peluang dan mengambil peluang itu sebagai peluang yang boleh mendapatkan keuntungan yang dilihatkan oleh orang lain sebagai halangan atau kesusahan. Usahawan merupakan orang yang bersikap istimewa kerana mereka mampu melihat dan mengambil peluang dengan bakal daripada masa depan yang tidak dapat dijangka berbanding  orang lain. Mereka adalah orang yang dapat mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menjadikan masalah itu sebagai peluang perniagaan. Contohnya, Tony Fernandes dapat mengenalpasti peluang iaitu pembelian syarikat AirAsia merupakan satu peluang yang baik walaupun syarikat tersebut sedang mengalami kerugian pada masa itu. Akhirnya Tony Fernandes telah menggunakan kepakarannya dalam menyelesaikan masalah kerugian AirAsia kepada keuntungan. Di samping itu, Tony Fernandes berjaya memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia. 


Selain itu, mempunyai pemikiran yang kreativiti dan inovatif dalam diri seserorang usahawan merupakan suatu proses dalam membangunkan budaya usahawan. Ia juga merupakan orang yang sentiasa berfikir tentang mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza. Usahawan yang kreativiti dan inovatif dapat menggunakan imaginasi bagi merebut peluang dan mengambil faedah daripada cabaran yang dihadapi dengan memastikan matlamat dapat dicapaikan. Contohnya, Jimmy Choo menggunakan pemikiran yang kreatif telah menghasilkan jenama kasut yang gaya kemewahan dan ketulenan serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Beliau menggunakan kreatifnya dengan mula-mula lakarkan bentuk kasut yang direka pada bahan fabrik atau kulit mengikut ukuran dan bentuk yang dikehendaki. Kemudian, gunting bahan itu dengan berhati-hati untuk menjaga kualiti. Selepas itu, jahit bahan tersebut dengan menggunakan mesin jahit khas. Setelah siap dijahit, kasut-kasut itu dilabelkan. Manakala usahawan Tony Fernandes telah membuat sesuatu kreativiti dalam menjimatkan kos dengan membeli kapal terbang yang terpakai untuk menurunkan kos pada permulaan perniagaan. Ini membolehkannya membekalkan tambang yang murah oleh AirAsia kepada penumbang. Beliau juga menyediakan tempat duduk yang lebih banyak daripada syarikat penerbangan lain yang membolehkan lebih pesawat dalam satu kali penerbang. 

Di samping itu, keberanian untuk mencabar dengan membuat penilaian dan pertimbangan terhadap sesuatu cabaran yang tidak diketahui juga merupakan satu proses dalam membangunkan budaya usahawan. Sikap berani mengambil risiko yang dapat diperhitungkan oleh seseorang usahawan membolehkan mereka mendapatkan keuntungan yang tinggi dan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mengatasi cabaran. Apabila seseorang usahawan menghadapi kegagalan dalam usahanya, ia dapat mematangkannya dan juga dapat memberi sesuatu ajaran kepadanya dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, usahawan sering mengambil iktibar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan sebagai panduan di hari muka. Bagi mengurangkan risiko daripada bidangnya, usahawan harulah berusaha dalam mencari maklumat dan menggunakan cara yang betul. Oleh demikian, usahawan akan membuat perancangan yang baik supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi menghadapi risiko dan dapat menjamin pulangan yang lebih selamat. Seperti Tony Fernandes mengambil alih syarikat AirAsia yang mempunyai beban hutang sebanyak RM40 juta. Hal ini menyebabkan pembelian kapal terbang terpakai  oleh Tony Fernandes supaya dapat menurukan kos permulaan perniagaan AirAsia. Beliau juga berikthiar untuk membawa jenama AirAsia ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu bersaing dengan syarikat penerbangan antarabangsa.

 Dalam membangunkan budaya keusahawanan, sikap ketegasan juga merupakan satu sikap penting yang harus dimiliki oleh seseorang usahawan dalam kerjayaannya. Ketegasan bermakna kemampuan bagi merencanakan, menjalankan tugas, dan mengawasi serta mengevaluasi dan kebijakan dalam sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan sebelumnya.Seseorang usahawan yang mempunyai sikap ketegasan akan membuat keputusan secara efektif dan efisien serta bijak dalam menentukan matlamat dan kenhendak diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak lain ataupun persekitaran. Ketegasan dalam diri seseorang usahawan dapat menimbulkan tanggungjawab dalam tugasnya. Sikap ketegasan dapat dilihat daripada Datuk Jimmy Choo dalam melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Beliau sentiasa memikirkan cara dan tidak pernah berputus asa terhadap kebaikan syarikatnya serta berusaha mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya. Misalnya, beliau telah mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya syarikatnya amat menyedihkan. Namun, beliau terus bertahan dan beryakinan dirinya. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Seterusnya, sikap ini juga dapat dilihat daripada Tan Sri Tony Fernandes melalui tindak beliau di dalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Tony Fernandes menghadapi banyak masalah dalam permulaan syarikat penerbangan AirAsia. Pada masa itu, terdapat banyak pendapat-pendapat yang tidak bersetuju kepada Tony Fernandes untuk mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia kerana syarikat itu bertanggungan hutang yang terlalu tinggi dan kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa pencapaian. Tetapi, Tony Fernandes tidak membuat perubahan terhadap fikiran dan keputusannya walaupun mendapat kritikan daripada banyak pihak dan faktor-faktor yang tidak menggalakan. Seterusnya, beliau membuat satu keputusan yang paling penting iaitu membeli syarikat penerbangan tersebut dengan ketegasnya berdasarkan pengalamannya dan potensi pembangunan syarikat AirAsia yang dilihat oleh Tony Fernandes pada masa depan. Akhirnya, beliau telah berjaya atas usaha-usahanya.

Akhirnya, usahawan perlu memperoleh budaya keusahawanan yang unik daripada diri sendiri yang dapat mendorong mereka ke arah kejayaan. Budaya keusahawanan juga terdiri daripada sikap usahawan yang opstimik, mempunyai berfikiran yang bebas, sentiasa bersedia supaya dapat mendorong diri ke arah kejayaan yang lebih cemerlang dan lain-lain. 

没有评论:

发表评论