Tokoh-Tokoh Usahawan (Jimmy Choo)




Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 di mana ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa. Jimmy Choo adalah seorang pereka fesyen terkenal yang berketurunan Malaysia-Cina. Oleh itu, beliau mengikuti tradisi keluarganya dan mula membuat kasut pada usia 11 tahun. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran pada tahun enam. Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.  Bapanya hanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama sahaja. Oleh itu, beliau perlu melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya untuk tahun yang seterusnya. Akhirnya, Jimmy menamatkan pengajiannya dari "Cordwainers Kolej Teknikal" pada tahun 1983.

Selepas tamat pengajian, beliau cuba membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun yang bertungkus lumus, akhirnya rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Teknik Choo telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kali pertama apabila rekaannya dipaparkan di edisi 1988 majalah gaya hidup global "Vogue". Nama Jimmy Choo mula dikenali. Walaubagaimanapun beliau masih kecewa kerana liputan media jualannya masih merosot.

Selepas empat tahun , mendiang Puteri Diana berkenaan dengan rekaan beliau dan membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Seterusnya, beliau telah menjadi pengasas "Jimmy Choo Ltd" yang terkenal dengan kasut wanita berjenama buatan tangan. Pada April 2001, Jimmy Choo telah menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £10 juta supaya dapat menumpukan ke atas kerja-kerja yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Selain itu, Jimmy Choo telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij awam oleh kerajaan UK dan Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian beliau.

Kini, jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Tambahan pula , terdapat juga banyak orang yang terkenal menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).

Selepas itu, Jimmy Choo mereka bentuk aksesori fesyen seperti beg tangan dan kasut di bawah label "Jimmy Choo Couture Line", di mana semuanya telah meraih berjuta-juta dolar daripada hasil jualan. Beliau juga memiliki rumah mewah di London dan di Pulau Pinang, Malaysia. Rumah beliau di London berfungsi sebagai kediaman tetap untuk Choo dan keluarganya. Kadang-kadang, beliau akan balik ke rumah ibunda Malaysia untuk meluangkan masanya dengan saudara-mara yang masih tinggal di Malaysia.

Jimmy Choo ialah seorang lelaki yang mementingkan keluarga dan sering membawa isteri dan anak perempuannya makan angin pada masa lapangnya. Beliau juga bersemangat untuk melatih generasi muda di negara asalnya dan telah menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia untuk memberi inspirasi kepada pereka fesyen Melayu yang berbakat. Selain itu, beliau juga telah bekerjasama dengan Elton John AIDS Yayasan untuk memulakan PEP Projek dengan tujuan untuk membantu mangsa rogol Afrika Selatan. Benda-benda yang direka oleh Choo akan dilelong untuk menjana dana untuk Projek PEP.

Beliau juga boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya yang memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.

Baru-baru ini, beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun. Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.


Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya telah menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Walaupun terdapat banyak yang cabaran yang susah , namun Jimmy Choo masih mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya dan beliau telah dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.

        

没有评论:

发表评论