Masalah yang dihadapi oleh usahawan
sebelum, semasa dan selepas memulakan perniagaan.
Bagi memulakan sesuatu perniagaan yang ingin diceburi
oleh seseorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadikan
seseorang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaannya, beliau perlulah
mempunyai ciri-ciri usahawan yang sedia ada supaya dapat menangani masalah
ataupun halangan yang dihadapi. Terdapat beberapa masalah yang ingin
dipertimbangkan dan mesti akan ditemui oleh usahawan sebelum, semasa dan selepas
memulakan perniagaan.
Masalah sebelum memulakan perniagaan
1. Jenis dan idea perniagaan yang
ingin diceburi
Seseorang usahawan perlulah mengenalpasti jenis
perniagaan yang ingin diceburi atau dimulakan olehnya. Usahawan perlulah menentukan
jenis perniagaan yang ingin dimulakan seperti produk atau perkhidmatan sama ada
beliau mempunyai idea yang baik atau tidak. Selalunya, kebanyakan peniaga gagal
dalam menggunakan idea untuk merancangkan perniagaan dalam menentukan produk,
pasaran dan lain-lain. Selain itu, kebanyakan usahawan menentukan jenis
perniagaan yang ingin dimulakan berdasarkan kepada minatnya. Jika seseorang
berminat terhadap sesuatu kerja, beliau tidak akan rasa bosan dan akan usaha
dengan bersungguh-sungguh. Oleh demikian, jenis dan idea perniagaan merupakan
satu masalah yang dihadapi oleh seseorang usahawan sebelum memulakan
perniagaannya.
2. Kekurangan sumber kewangan atau modal.
Kekurangan modal ataupun sumber kewangan adalah
masalah yang sentiasa dihadapi oleh seseorang
usahawan yang ingin memulakan perniagaan. Kebanyakan perniagaan
dimulakan memerlukan sumber kewangan yang banyak dan modal yang besar. Usahawan
haruslah mempunyai modal atau sumber kewangan yang mencukupi bagi mendapatkan
sumber-sumber yang diperlukan dalam menjalankan perniagaan seperti labur,
teknologi dan bahan mentah. Jika tidak mempunyai sumber kewangan atau modal
yang mencukupi, sesuatu perniagaan tidak dapat dimulakan dengan lancar.
3. Lokasi
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, seseorang
usahawan perlulan memilih kawasan yang sesuai bagi memulakan perniagaannya.
Lokasi yang sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah kawasan yang
mempunyai ramai penduduk dengan mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi. Kuasa
beli pembeli yang tinggi menunjukkan kemampuan mereka untuk membeli sesuatu
barang atau perkhidmatan. Faktor-faktor seperti sewa juga perlu dipertimbangan
semasa memilih sesuatu lokasi perniagaan supaya kos untuk menjalankan sesuatu
perniagaan dapat dikurangkan.
Masalah semasa dan selepas memulakan perniagaan.
1. Strategi perniagaan dan persaingan
Kebanyakan usahawan akan menghadapi masalah persaingan
dengan para pesaing dalam menjalankan
sesuatu perniagaan. Usahawan haruslah sentiasa memastikan produk atau
perkhidmatan yang dikeluarkan dapat mempersaingkan dengan pesaing-pesaing seperti
dari segi keunikan, harga, kegunaan dan lain-lain. Dalam menjalankan sesuatu
perniagaan, cara promosi juga merupakan faktor yang penting bagi mengalahkan
pesaing-pesaing bagi meningkatkan keuntungan serta meningkatkan reputasi
perniagaan. Oleh itu, usahawan perlulah sentiasa menghasilkan strategi yang
dapat mengatasi masalah persaingan dengan para pesaing dan juga mengekalkan
jualan dan keuntungan dalam perniagaannya.
2. Melantik pekerja atau labur
Pekerja merupakan satu elemen yang penting dalam
menjalankan sesuatu perniagaan. Sesuatu perniagaan tidak boleh dijalankan jika
tiada pekerja. Seseorang pekerja diperlukan dalam bidang perniagaan untuk
menjalankan tugas seperti melayan pelanggan, menjaga perniagaan dan lain. Seterusnya,
kesukaran untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman di bidang
perniagaan yang sama juga menjadikan masalah bagi seseorang usahawan dalam
melantiknya. Pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman dapat menjalankan
tugasnya dengan baik dan mungkin dapat memenuhi kepuasan pelanggan serta meningkatkan reputasi perniagaan tersebut.
3. Pertumbuhan pesat dalam perniagaan
Pertumbuhan pesat dalam perniagaan adalah penting bagi
menjalankan dan meneruskan sesuatu perniagaan. Dalam bidang perniagaan, usahawan
perlu mencari dan memastikan pasaran mereka supaya perniagaannya dapat
berkembang dengan pesat. Kebanyakan usahawan gagal dan menghadapi masalah mengembangkan perniagaan disebabkan
oleh usahawan gagal dalam memastikan pasaran yang sepatutnya. Usahawan harus
memastikan permintaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan dalam
perniagaannya supaya perniagaan dapat berkembang dan menyesuaikan diri dalam
memenuhi keperluan asas pelanggan.
bian tai !!!!!!
回复删除wo ai ni
回复删除Thanks for content.... Terima kasih
回复删除thanks for the content, can i share it in my blog, vendormallz.com
回复删除