Kepemimpinan adalah dilaksanakan oleh seorang pemimpin yang mempunyai keahlian memimpin, mempunyai kuasa dan kemampuan untuk mempengaruhi orang lain untuk mencapaikan sesuatu yang telah ditentukan. Pemimpin juga merupakan seseorang yang aktif dalam membuat perancangan, mengkoordinasi dan melakukan percubaan dengan memimpin pekerjanya untuk mencapai objektif bersama-sama.
Ciri-ciri Kepemimpinan
1. Teori Great Man
Meurut teori ini, seseorang pemimpin dilahirkan dengan karakteristik tertentu seperti karisma dan keyakinan. Teori 'Pemimpin-pemimpin dilahirkan bukanlah dibuat' menggambarkan seseorang pemimpin yang diwujudkan telah ditakdirkan untuk menjadi pemimpin.
2. Teori Sifat
Teori sifat bermaksud bahawa orang mewarisi sifat dan ciri-ciri tertentu yang membuat mereka lebih berpotensi untuk menjadi pemimpin. Sebagai contoh, ciri-ciri seperti kepercayaan diri sendiri, keyakinan kepada diri dan keberanian mengambil risiko adalah sifat yang biasa dilakukan oleh pemimpin yang menunjukkan keupayaan mereka. Tetapi teori ini ditolakkan disebabkan banyak orang yang memiliki ciri-ciri kepribadian yang terkait dengan kepimpinan namun tidak mencari posisi kepepimpinan. Untuk menjadikan seorang pemimpin yang berhasil, ia sangat ditentukan oleh kemampuan diri pemimpin iaitu seseorang itu haruslah berkualiti dengan berbagai sifat, perangai atau ciri-ciri dalamannya. Walaupun teori ini memiliki kelemahannya, namun nilai-nilai moral dan akhlak yang didalam seseorang pemimpin juga mengenai berbagai rumusan sifat, ciri atau perangainya.
3. Teori Kontingensi
Teori ini fokus kepada berubahan yang berkaitan yang mungkin menentukan gaya kepemimpinan tertentu. Dalam teori kontingensi, tiada gaya kepemimpinan yang terbaik dalam segala situasi sama ada baik dan buruk. Kesuksesan tergantung kepada jumlah variabel iaitu termasuk kepemimpinan, kualiti para pengikut dan situasi.
4. Teori Perilaku
Teori perilaku kepemimpinan berdasarkan kepada keyakinan bahawa pemimpin adalah dibuat bukan dilahirkan. Teori ini memberi tumpuan kepada tindakan para pemimpin bukan pada kualiti mentalnya. Teori ini menunjukkan bahawa menjadi seorang pemimpin melalui pengajaran dan observasi. Dasar pemikiran teori ini adalah kepemimpinan merupakan perilaku seseorang individu ketika melakukan sesuatu yang mengarah orang lain ke arah tujuannya. Deskripsi perilaku seperti:
a. konfiderasi dan struktur inisiasi - Perilaku seseorang pemimpin yang mengalih kepada mementingkan orang bawahannya mendukung, mendengar dan menerima usul serta mempunyai kelakuan yang setingkat dirinya. Terdapat juga mempunyai pemimpin yang mementingkan tugas organisasinya.
b. berorientasikan kepada bawahan dan produksi- Perilaku pemimpin yang berorientasi kepada orang bawahan iaitu menekankan kepada hubungan atasan-bawahan dan perhatian kepada kemampuan dan perilaku bawahan. Perilaku pemimpin yang berorientasi pada produksi menekankan kepada segi teknik pekerjaan, pengurusan dan penyelesaian tugas-tugas serta pencapaian tujuan.
5. Teori Hubungan
Teori hubungan juga dikenalikan sebagai teori transformasi. Teori ini memberi tumpuan kepada hubungan antara pemimpin dan pengikutnya. Pemimpin memotivasi dan membantu pengikut-pengikut dengan melihat kepentingan dan kebaikkan mereka apabila sesuatu tugas yang sedang dilaksanakan. Pemimpin mempunyai etika dan moral yang tinggi kerana mereka sentiasa fokus kepada pengikut-pengikut dan juga memaksimakan potensi mereka.
6. Teori Partisipatif
Teori ini menunjukkan bahawa gaya kepemimpinan yang idealnya adalah menarik lebih ramai orang untuk menyertai organisaninya. Pemimpin-pemimpin mendorong partisipasi dan kontribusi dari para anggota dan membantu mereka untuk memberi mereka perasaan yang lebih berkomitmen terhadap proses pengambilan keputusan.
没有评论:
发表评论