Tokoh-Tokoh Usahawan (Tony Fernandes)




Tony Fernandes ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes, dan Ena Dorothy Fernandes. Beliau bekerja sebagai juruaudit  dengan Virgin Airlines selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987 dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989 menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.

Tony Fernandes kembali ke Malaysia pada umur 27 dan menjadi seorang pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001 beliau telah mendapatkan tempat menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Apabila pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, beliau meninggalkan syarikat tersebut demi impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malang, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Dengan bantuan daripada Datuk Pahamin A.Rajah iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Tony Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia iaitu sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom dan merupakan sebuah konglemerat kerajaan Malaysia telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Tony Fernandes supaya membeli syarikat penerbangan AirAsia yang sedia ada lebih baik daripada menubuhkannya sendiri.

Seterusnya, Tony Fernandes memajakkan rumahnya dan juga menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat penerbangan tersebut dengan harga seringgit. Pada masa itu, Syarikat AirAsia hanya mempunyai dua buah kapal terbang Boeing lama dan mengalami hutang sebanyak RM40 juta. Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan. Orang ramai meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya selepas masa setahun dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.

Tony Fernandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Pencapaian yang terbesar dilakukan oleh Tony Fernandes ialah beliau telah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum beliau memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, beliau telah membuat permintaan daripada Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Selepas itu, beliau telah berjaya atas permintaannya dan mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

没有评论:

发表评论