2015年10月18日星期日

Budaya keusahawan



         Blog ini adalah membincangkan budaya keusahawanan dalam kalangan usahawan. Budaya keusahawan ialah satu set norma, kepercayaan dan amalan yang dikongsi oleh kumpulan atau organisasi. Ia juga boleh dikatakan sebagai  process yang membangunkan sikap dan personaliti usahawan ke arah yang cemerlang dalam usaha .Dua artikel yang dipilih oleh saya adalah berkaitan tentang usahawan. Tokoh-tokoh usahawan yang dipilih dalam blog ini ialah Jimmy Choo dan Tony Fernandes. Hal ini demikian kerana mereka merupakan usahawan yang cemerlang dalam bidang perniagaan mereka sebagai seorang usahawan. Oleh itu, blog ini akan mengandungi latar belakang dan maklumat tentang usaha-usaha usahawan dalam bidang yang diceburi oleh mereka serta memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana usahawan membangunkan budaya keusahawanan.